Friday 3 April 2015

♥Bedtime Story SENTAP♥

Malam ni saya nak kongsi kisah seorang sahabat Rasulullah yang agak popular, yang mana sampai ada yang kata roti kebab yang kita makan hari ini adalah sempena nama dia (yang ni saya tak pasti sahih ke tak..).
Nak tahu siapa?
Khabbab bin al-Art radiyallahu anhu..
Pernah dengar kisah dia di seksa? Kalau tak pernah dengar, meh baca malam ni. Malam ni mungkin ringkas juga kot.
Dulu sebelum Khabbab masuk Islam, dia adalah seorang hamba kepada Ummu Anmar, iaitu seorang tukang besi.
Lepas Khabbab masuk Islam, nak tahu apa yang berlaku?
Ummu Anmar, si tuan dia tuh seksa Khabbab dengan API ! Nak tahu macam mana?
Dia ambil BESI PANAS yang dah dibakar, kemudian diletakkan di belakang Khabbab macam kebab yang kita makan hari ni supaya dia keluar dari Islam.
Ada riwayat lain sebut, dia pernah DISERET atas longgokan bara api sampai akhirnya DARAH dan LEMAK-LEMAK yang keluar dari badan Khabbab mematikan bara-bara api tu..
---
Apa saya nak kongsi malam ni,
Para sahabat Rasulullah dulu sanggup diseksa bahkan sampai keluar darah dan lemak semata-mata untuk MEMPERTAHANKAN iman dan Islam..
Hari ni, apa kita dah buat untuk MEMPERTAHANKAN iman dan Islam?
Hari ni kita lebih banyak MENAMBAH LEMAK sehingga kena DARAH TINGGI sebab pergi program dakwah dan tarbiah. Sebabnya? Sebab banyak sangat makan.
Sahabat Rasulullah dulu tak cukup makan demi dakwah.. Hari ini kita terlebih makan kerana dakwah..
Kemudian lagi satu, hari ni juga ramai yang BANGGA apabila mendedahkan aurat di kalangan orang ramai, terutama Facebook, twitter dan sebagainya.
Buka aurat satu hal, buat maksiat pun bangga tunjuk pada orang ramai!
Bahkan hari ni ramai pula yang BANGGA apabila murtad dari Islam. Innalillah..
Kita muhasabah sebelum tidur, yakin ke Rasulullah akan mengaku kita umat dia?
wallahu'alam

No comments:

Post a Comment