Thursday 2 April 2015

Jangan tarik Abah ke neraka!!!

Jangan tarik abah ke neraka.' - abah
***
Seret dia, seret! 
Sebab anak dia tak tutup auratlah abah diseret!
Sebab anak dia tak jaga pergaulanlah abah diseret!
Sebab anak dia suka ikut nafsu sendirilah abah diseret!
Sebab anak dia sudah hilang rasa malulah abah diseret!
.
Kita perempuan
memang suka seret orang ke neraka, ya?
Ya Allah, ampuni kami.
Tolong.. aurat perempuan muslim seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
.
Tolong.. jangan nak senang sangat bertepuk-tampar dengan lelaki ajnabi. Gelak kuat-kuat lupa dunia. Ahli akhirat itu orang yang banyak menangis berbanding ketawa.
.
Tolong.. berhenti mesej yang bukan-bukan dengan lelaki yang tidak layak. Hantar gambar yang bukan-bukan. Mesej dan cakap manja-manja. Mesej dan cakap perkara yang jelas sia-sia. Jangan jadikan gerak kerja agama wasilah maksiat berleluasa!
.
Tolong.. wanita yang solehah takkan suka kalau diri dia jadi perhatian. Wanita yang solehah takkan rela apa yang ada pada dirinya ditatap mata-mata liar. Wanita solehah itu dipelihara Allah! Segenap perkara dirinya dipelihara. Bebas dari membuka apa yang tidak sepatutnya. Bebas dari pandangan nafsu seorang Adam. Bebas dari pergaulan yang tidak terjaga. Bebas dari perkara-perkara haram. Ya Allah..
.
Solehah.
.
Betul.
.
Masih jauh kita dengan srikandi agama dahulu kala.
Yang punya rasa malu menggunung!
Yang punya rasa takut kepada Allah melangit!
Yang punya rasa cinta pada Tuhan mendalam!
.
Rasa malu, takut, cinta kepada Allah!
Rasa malu, takut, cinta kepada Rasulullah!
.
Bukan malu-malu kucing dengan syabab agama!
.
Ya Allah..
.
Salah satu perkara yang menggetarkan hati aku.
.
Takut. Bimbang.
.
Tumbang seorang pejuang dari berjuang kerana 'mawar agama'!'
.
Rijal. Jaga diri kau.
Nisa'. Jaga juga diri kau.
.
Jaga hubungan dengan Allah.
Andai satu hari aku diuji dengan perkara yang di atas,
aku mohon, jangan tinggalkan aku.
.
Kalau waktu itu, hati aku dah keras sangat mahu terima teguran kalian,
aku mohon, tetaplah bimbing aku. Jangan biarkan aku.
.
Kalau saat-saat akhir aku, aku masih tak berubah,
aku mohon, ingatkan aku dengan azab pedih Allah.
Kenapa aku tak buat apa yang aku kata?
Aku lupakah as-Saff ayat 2 yang aku baca di hadapan sahabat-sahabat aku?
Ingatkan aku yang aku pernah tegur orang perkara ini dulu.
Ingatkan aku neraka Allah panas.
Ingatkan aku wanita-wanita banyak di neraka.
Ingatkan aku.
Ingatkan aku atas setiap lisan yang berbicara.
Ingatkan aku, atas segenap tulisan aku yang kalian baca.
Kalau Allah mahu tarik hidayah, sekejap saja.
Kalau Allah maahu beri hidayah pun, sekejap saja.
Maafkan aku atas pahit bicara
yang hakikatnya aku cakap pada diri aku.
Sekarang ini, bila tulis macam ni,
aku tambah bimbang juga.
'Matinya hati, adalah saat kau pergunakan agama demi kepentingan diri kau.' - bunga
Doakan aku yang hina.
Astaghfirullah.

No comments:

Post a Comment