Thursday 2 April 2015

♦Kerana saya tak sehebat awak♦


 Assalamualaikum..

Kerana saya tak sehebat awak...
sentiasa istiqomah..
melakukan segala suruhan dan perintahNya.
Sedangkan saya disini
,..masih bertatih,merangkak mencari KeredhaaNya

Kerana saya tak sehebat awak..
tak pernah lupa mengaji dan juga Qiamulail..
sentiasa letak Allah dan Rasul dihati..
Walaupun banyak dugaan dan ujian yang menimpa.
awak tetap redha dan tabah menhadapinya..
Sedangkan saya disini..
solat entah betul ke tidak.mengajinya tidak selalu..
Allah..Qiamulail pula..
kadang terjaga..kadang nya tidak.
masih enak dibuai tidur yang tiada penghujungnya...

Kerana saya tak sehebat awak..
yang sentiasa letak Akhirat di hati..
Dunia hanya medan dakwah
mencari amal untuk dibawa bertemu Sang Pencipta kelak...
Sedangkan saya disini..
Masih terkial-terkial..
ilmu tak seluas mana..
Amalnya juga entah ada entah takda
Dosa pula banyaknya dari pahala...
Sungguh,jika dosa itu berbau nescaya,
saya tak mampu untuk keluar rumah..
Kerana malu busuk tubuh ini..
dikesan orang kerana bau dosa-dosa itu..

Kerana saya tak sehebat awak..
Saya mula belajar untuk memperbaiki diri lebih baik..
Persediaan bertemu Allah kelak..
Sahabat..
Hulurkan tanganmu sekarang..
Saya lemah..Bawlah saya ke jalan yang benar,,
Jangan herdik saya.
Jangan hina saya...
Allahu..


No comments:

Post a Comment