Thursday 2 April 2015

UJUB???

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia. 
1. "Followers" Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan kaki medium sosial. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers" Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?
.
2. "LIKE". Apabila ramai yang "like" mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman sosial dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri
sendiri.
.
3. Gambar. Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam. dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan. Hati hati dalam mengupload gambar.
.
4. Berdakwah di medium sosial. Mungkin ramai kawan kita yang merapu. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka laman sosial dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan yang banyak merapu. Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan.
.
Awas, wahai da’ie! berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya
adalah daripada Allah jua.
.
Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

No comments:

Post a Comment